Cuba berdukacita

Cuba berdukacita

HAVANA, 27 Nov – Cuba berdukacita atas kematian pemimpin revolusi Fidel Castro hari ini ketika negara pulau komunis itu bersiap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada insan yang unggul dalam sejarah modennya dengan mengadakan memorial besar-besaran dan perarakan pengebumian selama empat hari.

Selepas kekecohan mengejutkan menyelubungi pengumuman semalam bahawa Castro telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, hari ini telah ditetapkan sebagai hari persiapan tenang, tanpa rancangan kegiatan rasmi.

Castro, yang mana pemerintahan kuku besinya menentang AS selama setengah abad, meninggal dunia Jumaat lalu selepas bertahan dengan 11 pentadbiran AS dan beratus-ratus percubaan membunuh. Pihak berkuasa tidak menyatakan punca kematiannya.

Pemimpin polarisasi, seorang pemimpin perkasa abad ke-20 dan bertahan sehingga ke abad 21, telah menjalani pembakaran mayat semalam, hari pertama dari sembilan hari perkabungan negara.

Siri-siri memorial akan bermula esok, apabila rakyat Cuba diseru berhimpun di daratan ikonik Havana, Revolution Square. Abu Castro kemudian akan diarak selama empat hari di seluruh negara, sebelum dikebumikan di bandar tenggara Santiago pada 4 Disember.

Penduduk memegang gambar Fidel Castro berkumpul di Havana, Cuba, kelmarin, sehari selepas kematian Fidel Castro. – AP
Penduduk memegang gambar Fidel Castro berkumpul di Havana, Cuba, kelmarin, sehari selepas kematian Fidel Castro. – AP

Santiago, bandar kedua Cuba adalah medan cubaan pertama Castro yang malang pada revolusi pada tahun 1953 – enam tahun sebelum beliau berjaya menyingkirkan diktator yang disokong AS, Fulgencio Batista.

Disanjungi oleh para penggemar sebagai penyelamat manusia, dicerca oleh pihak musuh sebagai penzalim, Castro telah memimpin Cuba dari tahun 1959 sehingga beliau menyerahkan kuasa kepada adik lelakinya, Raul pada tahun 2006 di tengah krisis kesihatan. Meskipun begitu, beliau terus menghantui, mencerca ‘imperialisme’ Amerika dalam media kerajaan.

Berita mengenai Castro mengundang reaksi keras dan polarisasi di seluruh dunia. Presiden Rusia Vladimir Putin memujinya sebagai ‘simbol satu era’. Dan Xi Jinpin dari China berkata “Castro, rakannya akan hidup selama-lamanya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA