Cuba ke suku akhir, Trinidad ikat Mexico

Cuba ke suku akhir, Trinidad ikat Mexico

CHARLOTTE, 16 Julai – Cuba mengatasi rintangan dengan menempah kemunculan ke suku akhir Piala Emas menentang kuasa serantau AS dengan kemenangan 1-0 ke atas Guatemala dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam.

Dalam perlawanan yang mendebarkan, Yohance Marshall menjaringkan gol pada saat terakhir masa kecederaan ketika Trinidad and Tobago bangkit daripada defisit babak kedua untuk seri 4-4 menentang Mexico dalam salah satu perlawanan paling sukar sejarah perlawanan itu.

Maikel Reyes menjaringkan gol menerusi tandukan ketika Cuba mengatasi permulaan hambar perlawanan yang menyaksikan mereka dihujani jaringan. Cuba menyerahkan lapan gol pada dua perlawanan pertama termasuk kekalahan 6-0 pada perlawanan pembukaan menentang Mexico.

Mereka mengalami kedudukan yang memalukan setelah Keiler Garcia dan Arael Arguelles, hilang dan dipercayai berpaling tadah. Cuba juga tanpa midfield Aricheel Hernandez yang mengalami masalah visa.

Reyes meluru di antara dua pertahanan untuk membuat hantaran lintang dari rakan sepasukan Alberto Gomez pada minit ke-73 di Stadium Bank of America.

Midfield Cuba Alberto Gomez (8) cuba mengimbangi badan daripada terjatuh ketika bersaing dengan midfield Guatemala Carlos Figueroa (19) dalam aksi Piala Emas di Stadium Bank of America semalam. – Reuters
Midfield Cuba Alberto Gomez (8) cuba mengimbangi badan daripada terjatuh ketika bersaing dengan midfield Guatemala Carlos Figueroa (19) dalam aksi Piala Emas di Stadium Bank of America semalam. – Reuters

Rembatan Reyes itu adalah satu–satunya jaringan peringkat kumpulan Cuba tetapi mereka perlu mencapai pusingan lapan terakhir bagi kali kedua dan ketiga pada keseluruhannya.

Kejayaan Cuba itu memberikan persaingan sengit menentang juara bertahan AS Sabtu ini memandangkan kedua-dua negara itu adalah musuh ketat selama beberapa dekad tetapi baru–baru ini bersedia untuk membaharui semula hubungan. – AFP