Cuba lapor kes pertama Zika

Cuba lapor kes pertama Zika

HAVANA, 2 Mac (AFP) – Cuba melaporkan kes pertama Zika hari ini, yang didiagnosis pada seorang doktor Venezuela berusia 28 tahun yang suami dan abang iparnya sebelumnya dijangkiti virus berkenaan di tempat asal mereka.

Persatuan Kesihatan Sedunia mengumumkan letusan Zika, yang disyaki mengakibatkan ribuan kecacatan kelahiran di Brazil, satu kecemasan kesihatan antarabangsa pada 1 Februari, walaupun banyak perkara mengenai virus itu masih lagi belum diketahui.

Pesakit itu tiba di Cuba pada 21 Februari untuk mengambil kursus lepasan ijazah dalam bidang perubatan bersama 37 yang lain.

Dia dilaporkan demam sehari selepasnya dan didiagnosis dijangkiti Zika pada Isnin. Dia sembuh di hospital, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Suaminya didiagnosis dijangkiti virus Zika dua bulan lalu dan abangnya dua minggu sebelum dia membuat perjalanan tersebut, menurut kenyataan itu.

Zika dibawa oleh nyamuk, yang memindahkan virus itu kepada manusia, walaupun Pusat Kawalan Penyakit AS mengatakan pada 23 Februari, ia masih lagi menyiasat kemungkinan kes pemindahan dari seksual.

Penularan itu telah merebak ke beberapa bahagian Amerika Latin dan Caribbean dan WHO yang menganggarkan Zika mungkin menjejaskan sekitar empat juta orang di rantau itu.

Kerajaan Cuba, yang telah mengasapi kediaman dan kawasan kejiranan selama berdekad-dekad untuk mencegah denggi – juga nyamuk membawa virus dan keluarga rapat Zika – meletakkan para doktor dalam keadaan berwaspada ke atas virus itu minggu lalu dan meningkatkan usaha pembasmian nyamuk.