Cuba selamat daripada Erika

Cuba selamat daripada Erika

MIAMI, 30 Ogos (Reuters)  – Erika, ribut tropika yang membunuh 20 orang di Dominica, pulau Carribbean dan seorang di Haiti, menjadi lemah semalam di timur Cuba, menurut Pusat Ribut Taufan Kebangsaan(NHC).

Angin maksimum Erika telah menurun kepada 56 kilometer sejam, di bawah tahap maksimum ribut tropika, menurut pusat ribut taufan di Miami dalam penasihat ramalan cuaca semalam.

Masih memperlihatkan ancaman tiupan angin dan banjir di Cuba dan Florida, saki baki Erika kini dijangka bergerak ke tengah Cuba yang berpotensi memberi kelegaan yang disambut baik dari kemarau, sebelum menuju Teluk Mexico dan menghindar Selatan Florida.

NJC berkata sistem cuaca mungkin masih menjadi semula ribut tropika sebelum sampai ke barat laut Florida Panhandle.

Gabenor Florida Rick Scott, yang mengisytiharkan keadaan darurat Jumaat lalu, berkata para pegawai secara dekat memerhati ramalan cuaca. “Kami tahu apabila mana-mana sistem cuaca memasuki Teluk ia boleh membawa banyak turunan hujan di Florida,” katanya dalam siaran akhbar.

Peramal kaji cuaca menyifatkan Erika, ribut kelima musim ribut taufan Atlantik, sebagai luar biasa sukar diramal kerana gangguan dari corak angin dan interaksi dengan rupa bumi pergunungan.

Di negeri miskin, Haiti, kira-kira seorang terbunuh dalam kejadian gelongsoran lumpur di bandar Carries. Mayatnya terbaring dalam sisa-sisa pondoknya di lereng pergunungan.

“Tiga belas buah rumah dihanyutkan sama sekali semalam,” kata Brice Leflis, pengetua sekolah tempatan.

Bagaimanapun, angin Erika menurun kepada 72 kilometer sejam apabila ia bergerak ke ibu negeri, Port-au-Prince, pada malam Jumaat lalu, lapor NHC. Haiti paling teruk terdedah kepada kejadian tanah runtuh disebabkan pemusnahan hutan secara meluas di lereng bukitnya.

Dominica di timur Caribbean adalah pulau yang paling teruk terjejas oleh Erika, dengan 20 orang terbunuh dan beberapa orang masih hilang di sungai yang airnya telah melimpahi tebing dan hujan yang mengakibatkan tanah runtuh yang menghanyutkan rumah, jalan raya dan jambatan.

Perdana Menteri Dominica, Roosevelt Skerrit menyifatkan kehilangan nyawa dan kerosakan ekonomi sebagai ‘amat besar’ dengan beberapa masyarakat terkandas di pulau kecil pergunungan dengan penduduk kira-kira 72,000 orang.