Cubaan bangkit kemarahan Beijing

Cubaan bangkit kemarahan Beijing

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Reuters) – Setiausaha Pertahanan AS Ash Carter akan melawat pengangkut pesawat udara AS yang transit di Laut China Selatan hari ini, satu langkah yang pasti akan mengundang kemarahan China ketika ketegangan antara Washington dan Beijing yang menjadi-jadi ekoran laluan air yang dipertikaikan.

Carter akan melawat USS Theodore Roosevelt bersama Menteri Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein, menurut para pegawai AS.

Kapal perang itu “sedang menjalankan operasi rutin ketika transit di Laut China Selatan,” Carter berkata semalam selepas mesyuarat menteri-menteri pertahanan dari Asia Tenggara di Malaysia, forum yang telah dicemari oleh ketidaksepakatan AS –China berhubung laluan laut yang sibuk itu.

China menuntut kebanyakan Laut China Selatan, yang mana melaluinya lebih $5 trilion dalam perdagangan sejagat melaluinya setiap tahun. Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan juga menuntut.

Lawatan Carter itu akan diadakan seminggu selepas USS Lassen, kapal pemusnah peluru berpandu, mencabar had wilayah sekitar kepulauan buatan China di kepulauan Spartly dengan rondaan yang digelar kebebasan pengemudian.

Ash Carter berjabat tangan dengan Perdana Menteri Malaysia ketika Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN di Kuala Lumpur. – Reuters
Ash Carter berjabat tangan dengan Perdana Menteri Malaysia ketika Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN di Kuala Lumpur. – Reuters

Beijing menegur Washington berhubung rondaan, manakala pemerintah tentera laut China memberi amaran bahawa kejadian kecil itu boleh mencetuskan peperangan di Laut China Selatan jika AS tidak menghentikan ‘tindakan provokasinya.’

Tentera Laut AS merancang untuk melaksanakan rondaan dalam tempoh 12 batu nautika kepulauan tiruan di laut China Selatan kira-kira dua kali ganda suku untuk mengingatkan China dan negara-negara lain tentang hak-hak AS di bawah undang-undang antarabangsa, menurut seorang pegawai pertahanan AS Isnin lalu.

Para pegawai pertahanan AS berkata Carter tidak akan berada di mana-mana kapal perang yang melancarkan rondaan seumpama itu.

“Kehadiran Teddy Roosevelt di sana dan lawatan kami adalah simbol komitmen kami untuk kami mengimbangi semula ke Asia dan pentingnya Asia-Pasifik bagi AS,” Carter berkata semalam.

ARTIKEL YANG SAMA