Cubaan bawa masuk bom dipatahkan

Cubaan bawa masuk bom dipatahkan

MOSCOW, 9 Mei (AP) – Media tempatan melaporkan enam anggota polis Rusia telah cedera dalam satu pertempuran dengan sekumpulan lelaki bersenjata yang cuba untuk membawa bahan letupan ke dalam ibu negeri Chechnya.

Agensi berita Rusia memetik kenyataan Kementerian Dalam Chechnya sebagai berkata, pertempuran itu berlaku pada pagi Isnin di pusat pemeriksaan polis di pinggir Grozny.

Kementerian itu menyatakan lagi bahawa dua orang lelaki membawa bom tangan dan bahan letupan lain. Kenyataan menambah bahawa mereka telah “dimusnahkan,” menurut agensi berita Interfax, namun butiran lain tidak dilaporkan segera.

Pertempuran itu berlaku pada Hari Kemenangan, apabila Rusia menyambut ulang tahun tewaskan Nazi Jerman dengan acara perarakan dan perhimpunan.

Pemimpin Chechnya Pro-Moscow, Akhmad Kadyrov telah terbunuh dalam sambutan Hari Kemenangan pada 2004, apabila sebutir meletup dari bawah kerusi di stadium Grozny di mana memerhatikan sambutan itu.