Cubaan bawa masuk PATI dipatahkan

Cubaan bawa masuk PATI dipatahkan

TAWAU, 25 Nov (Bernama) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, mematahkan cubaan membawa masuk 11 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua PATI terbabit ditahan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka dipintas oleh anggota PPM yang melakukan rondaan di sekitar Sungai Sinosolan, dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari Selasa.

“Setelah memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan terhadap bot jongkong itu, pasukan peronda mendapati sembilan lelaki, termasuk tekong bot berkenaan dan dua wanita berusia antara tiga hingga 40 tahun di atas bot itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut, katanya.