Cubaan menyeberang sempadan digagalkan

Cubaan menyeberang sempadan digagalkan

KAHERAH, Mesir, 31 Mei – Dua warga Palestin adalah dalam kalangan 143 penghijrah yang ditahan oleh tentera sempadan Mesir semalam, berdekatan sempadan dengan Libya, menurut sumber keselamatan Mesir hari ini.

Sumber-sumber keselamatan Mesir berkata bahawa, para penghijrah itu dilihat dan ditahan berdekatan lintasan komersial al-Salloum, di antara Libya dan Mesir.

Kumpulan itu, yang majoritinya adalah warga Mesir, dalam tambahan 22 warga Sudan dan dua warga Palestin, telah dilaporkan untuk cuba menyeberang secara haram ke Libya menerusi sempadan Mesir.

Ketika soal siasat yang dijalankan oleh pihak keselamatan sempadan Mesir, para penghijrah membuat dakwaan bahawa, mereka telah membayar penyeludup manusia sejumlah wang yang besar, untuk membantu mereka pergi ke Libya tanpa dokumen sah.

Tentera Mesir serang menyasarkan pendatang tanpa dokumen di sepanjang sempadannya, terutamanya dengan Israel.

Gambar fail – tentera sempadan Mesir mengawal sempadan Rafah. - AFP
Gambar fail – tentera sempadan Mesir mengawal sempadan Rafah. – AFP

Puluhan penghijrah telah dibunuh oleh tentera Mesir, apabila mereka cuba untuk masuk ke Israel, kebanyakannya mencari perlindungan dari kawasan-kawasan yang terjejas peperangan di Sudan dan Eritrea. Pada awal Mac, tentera Mesir telah menahan lima pelarian Sudan kerana cuba untuk masuk ke Israel. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA