Cubaan seludup berjaya ditumpaskan

Cubaan seludup berjaya ditumpaskan

TAWAU, 21 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 15 tong gas dan pelbagai barangan keperluan memasak bernilai RM8,221 ke negara jiran semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua barangan berkenaan tidak mempunyai dokumen semasa ditemui di dalam sebuah bot yang diperiksa di perairan Tanjung Batu di sini ketika Op Landai kira-kira pukul 3:30 petang.

“Antara barangan berkenaan adalah 15 tong gas, 18 paket gula pasir, 35 kotak minyak masak, dan 80 kotak tepung gandum. Turut ditahan seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama