Cubaan seludup reptilia dipatahkan

JAKARTA, 19 Mei – Seorang lelaki Jepun diberkas di Indonesia kerana dikatakan cuba menyeludup beratus-ratus ekor reptilia keluar dari kepulauan itu, yang termasuk ular, jenis spesies cicak dan kura-kura, menurut pihak berkuasa dan pencinta alam sekitar hari ini.

Katsuhide Naito, dipercayai orang yang berperanan utama dalam perdagangan penyeludupan hidupan liar telah ditahan di lapangan terbang utama Jakarta ketika dia hendak menaiki penerbangan ke Tokyo bersama lebih 250 ekor haiwan yang disembunyikan dalam beg-begnya.

“Para pegawai curiga melihat dia mempunyai begitu banyak beg pakaian,” Tisna Nando, jurucakap wanita bagi persatuan NGO Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar, yang terlibat dalam penyiasatan itu, memberitahu AFP.

“Selepas beg-beg itu dibuka, kami menemukan beratus-ratus ekor reptilia, kebanyakannya hidup.”

Reptilia-reptilia itu diasak ke dalam empat beg pakaian dan sebuah kotak dan empat ekor telah mati, menurut Nando.

Pegawai kastam Indonesia memperlihatkan binatang-binatang reptilia yang cuba diseludup oleh seorang lelaki Jepun. - AFP
Pegawai kastam Indonesia memperlihatkan binatang-binatang reptilia yang cuba diseludup oleh seorang lelaki Jepun. – AFP

Ruchyana, seorang pegawai dari pengendali lapangan terbang, berkata lelaki Jepun berusia 51 tahun itu pada lewat Isnin lalu didapati membawa spesis yang dilindungi termasuklah ular pokok hijau, spesis cicak dari pulau Borneo dan labi-labi, spesis kura-kura.

Sebelum tiba di Jakarta, Naito telah berada di Medan, di Sumatra, sebuah pulau Indonesia yang diselimuti hutan. Dia boleh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika didapati bersalah melanggar undang-undang hidupan liar Indonesia.

Persatuan Hidupan Liar percaya Naito adalah sebahagian sindiket lebih besar penyeludupan hidupan liar. – AFP

SAHAM
TerdahuluFA akan diselaraskan
SeterusnyaXi gesa perbaiki hubungan