Cubaan seludup sawit gagal

Cubaan seludup sawit gagal

TAWAU, 18 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 15 tan buah kelapa sawit bernilai RM6,000menggunakan bot ke daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata buah kelapa sawit itu dirampas dari sebuah bot jongkong yang datang darinegara jiran di perairan Sungai Melayu, dekat sini kira-kira pukul 6 pagi, semalam.

“Anggota PPM yang menjalankan operasi di sekitar perairan itu melihat bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati bot berkenaandimuatkan dengan buah kelapa sawit kira-kira 15 tan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata juragan bot berusia 30 tahun turut ditahan untuk membantusiasatan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membolehkan buah kelapa sawit itu dibawa masuk ke negara ini.

Mohamad berkata siasatan awal mendapati buah kelapa sawit itu dipercayai dibawa dari Indonesia untuk dipasarkan di daerah ini. – Bernama