Cuckoo buka cawangan pertama

Cuckoo buka cawangan pertama

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Jenama antarabangsa, Cuckoo, yang terkenal dengan barangan perkakas rumah terkemuka di Korea kini telah membuka cawangan pertamanya di negara ini yang bertempat di Unit 1, Kompleks Melabau, Kampung Serusop, Jalan Muara.

Sehubungan itu, satu majlis perasmian telah diadakan hari ini di kedai berkenaan yang telah dihadiri oleh pelanggan-pelanggan dan juga jemputan khas.

Sebelum cawangan rasmi Cuckoo ini dibukakan, Cuckoo juga telah menempatkan kedai jenama (brandstores) mereka di Supa Save, Beribi dan Pusat Membeli-belah Times Square yang telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada orang ramai.

Menurut Pemilik dan Pengarah Urusan Cuckoo Brunei, Wong Kim Guan, beliau dan pasukan Cuckoo Brunei begitu teruja untuk menjadi pengedar tunggal Cuckoo di negara ini dan gembira untuk mempamerkan segala produk Cuckoo kepada orang ramai.

Menurutnya lagi, jenama ini telah pun mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai melalui pameran-pameran yang telah diadakan dan juga daripada media sosial iaitu di Facebook – Cuckoo Brunei.

Wakil daripada Cuckoo Malaysia, Annie Chew semasa menyampaikan Sijil Penjualan Rasmi kepada Pengerusi Cuckoo.
Wakil daripada Cuckoo Malaysia, Annie Chew semasa menyampaikan Sijil Penjualan Rasmi kepada Pengerusi Cuckoo.
Gambar ramai bersama yang hadir.
Gambar ramai bersama yang hadir.

Cuckoo dikenali sebagai produk terkemuka yang menampilkan produk penapis air dan Multi Cooker yang berkualiti dan reka bentuk yang moden.

Penapis air Cuckoo dipasang dengan sistem penapis nano yang dapat menapis bahan kimia berbahaya dan logam berat yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri mudah untuk dibersihkan dan mengelak daripada bakteria dan virus.

Penapis air ini memberikan kualiti air yang beralkali ringan dan selepas empat bulan digunakan, kakitangan Cuckoo akan membuat perjanjian kepada para pelanggan mereka bagi perkhidmatan penukaran penapis air untuk memberikan penapis air yang berkualiti dan optimum. Selain itu juga, mereka juga menyediakan perkhidmatan pensterilan stim.

Cuckoo juga turut menampilkan produk Multi Cooker yang mempunyai pelbagai fungsi, bukan sahaja untuk memasak nasi bahkan memasak pelbagai hidangan dengan hanya menggunakan Multi Cooker jenama Cuckoo.

Produk Cuckoo yang kini boleh didapati di pasaran Brunei.
Produk Cuckoo yang kini boleh didapati di pasaran Brunei.
Produk Cuckoo yang kini boleh didapati di pasaran Brunei.
Produk Cuckoo yang kini boleh didapati di pasaran Brunei.

Jenama Cuckoo ini telah pun ditubuhkan pada tahun 1978 dan begitu terkemuka di Korea dengan barangan perkakas rumah yang begitu inovatif seperti penapis air, pressure multi-cookers dan juga pembersih udara.

Sehingga sekarang, Cuckoo telah dikenali oleh lebih 30 negara di dunia seperti Malaysia, Korea, Brunei Darussalam, Australia, New Zealand, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Indonesia, Singapura, Norway, Brazil dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Cuckoo Brunei Antarabangsa juga berharap di masa akan datang supaya dapat mengembang majukan lagi pemasaran dan mewujudkan lebih banyak komuniti kemasyarakatan kepada pelanggan-pelanggan di Negara Brunei Darussalam.

Jenama ini juga merancang untuk mengadakan pelabagai acara seperti Jerayawara Kesedaran Kesihatan dan juga pertandingan-pertandingan menarik nanti.

ARTIKEL YANG SAMA