Cucu, nenek rentung dalam kebakaran

Cucu, nenek rentung dalam kebakaran

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) – Seorang nenek dan cucunya rentung selepas rumah yang mereka diami di Kampung Contoh, Petagas, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Mohammad Akramin Sakirun ketika dihubungi berkata nenek yang meninggal dunia berkenaan dikenali sebagai Tiah Awang,86, dan cucu perempuannya, Nurul Farhana Zulkifli,15. Katanya mayat kedua-dua mangsa itu dijumpai di dalam salah satu daripada empat buah rumah yang terbakar dalam insiden itu.