Cukai: Specialist Bersehatan didenda

Cukai: Specialist Bersehatan didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mensabitkan Specialist Bersehatan Sdn Bhd dengan lima pertuduhan kerana gagal menyerahkan Penyata Tahunan syarikatnya ke Seksyen Pendapatan, Kementerian Kewangan.

Pengarah syarikat itu didapati bersalah kerana gagal untuk mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2013, 31 Disember 2012, 31 Disember 2011, 31 Disember 2010 dan 31 Disember 2009.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDSS Ustaz Haji Badaruddin menjatuhkan denda $6,000 dan memberi tempoh sebulan untuk pengarah syarikat membayar denda.

“Jika gagal membayar denda, mahkamah akan mengeluarkan waran untuk merampas kesemua aset syarikat sebagai pembayaran untuk denda itu,” kata Majistret Kanan.

ARTIKEL YANG SAMA