Cukai: Syarik...

Cukai: Syarikat dijatuhi denda $2,500

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $2,500 terhadap sebuah syarikat atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata tahunannya ke Bahagian Pendapatan, Kementerian Kewangan.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat NLI Netwok Sendirian Berhad selepas wakilnya mengaku salah kerana gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikat yang berakhir pada 31 Disember 2010 hingga 2014.

Dia mendakwa syarikatnya itu sudah lama tidak beroperasi dan rakan kongsinya telah pun pulang ke negara asal.

Di bawah Seksyen 52 Akta Pendapatan Cukai (Bab 35), syarikat-syarikat dikehendaki untuk melengkapkan butiran pendapatan pulangan bagi maksud menentukan pendapatan.

ARTIKEL YANG SAMA