‘Cukup! Cukup!’ – Obama

‘Cukup! Cukup!’ – Obama

WASHINGTON, 29 Nov (AFP) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempamerkan kekecewaannya dengan berkata “cukup! Cukup!” dan membuat panggilan tegas bagi kawalan ketenteraan bersenjata yang lebih ketat Sabtu lalu, sehari selepas seorang lelaki bersenjata membunuh tiga orang di sebuah pusat perancangan keluarga.

Kejadian mula berlaku apabila seorang lelaki mencurigakan yang dikenali sebagai Robert Lewis Dear, 57 telah mengepung klinik ‘Planned Parenthooh’ di Colorando Spring dalam pusat itu selama lebih lima jam, menyebabkan seorang anggota polis maut dan sembilan yang lainnya tercedera .

“Saksi-saksi mengesahkan bahawa lelaki yang terlibat dalam insiden penembakan itu merupakan seorang pembangkang yang bertujuan untuk mempertahankan undang-undang bagi isu pengguguran kandungan” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Planned Parenthood Rocky Mountains, Vicki Cowart.

“Ini adalah satu tindakan keganasan yang mengerikan, dan menyasarkan akses kepada penjagaan kesihatan dan keganasan profesional terhadap penjagaan kesihatan mahir dan berdedikasi.”

Obama pamerkan kekecewaan terhadap keganasan yang semakin berleluasa. - Reuters
Obama pamerkan kekecewaan terhadap keganasan yang semakin berleluasa. – Reuters

Klinik tersebut telah menjalankan operasi pengguguran – isu yang sangat emotif dan memecah-belahkan warga di Amerika. Dear akhirnya menyerah diri dan berada dalam tahanan polis.

Polis berkata, sejumlah 24 orang yang menjadi tebusan dipindahkan tanpa mengalami sebarang kecederaan dari bangunan Planned Parenthood.

Obama berkata, suspek yang berkemungkinan dilatih dengan operasi melakukan serangan dengan menggunakan senjata dan menawan tebusan di pusat Planned Parenthood, jelas kelihatan dari caranya melakukan tembakan ke atas mangsa yang berada di luar pusat itu.

“Ini tidak normal. Kita tidak boleh biarkan ia menjadi normal,” kata Obama yang jelas mempamerkan kekecewaannya dalam satu kenyataan.

“Cukuplah cukup.”

ARTIKEL YANG SAMA