Cungkil bakat kurang upaya

Cungkil bakat kurang upaya

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Nov – Jawatankuasa Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) dengan kerjasama sukarelawan-sukarelawan Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini, telah mengadakan Jerayawara SOBD bagi Daerah Tutong bertempat di Kompleks Sukan Tutong.

Perasmiannya disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Haji Azis bin Haji Nayan.

Menurut Pengerusi SOBD, Lt Kol (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut, jerayawara tersebut yang pertama kali diadakan, adalah sebagai rancangan SOBD untuk menjelajahi setiap daerah bagi mencari dan merekrut atlet istimewa dari luar daerah.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa jerayawara SOBD di Daerah Tutong, kelmarin.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa jerayawara SOBD di Daerah Tutong, kelmarin.

Di samping itu, ia juga diharap dapat mengembangkan dan mengeratkan lagi hubungan keluarga SOBD dari seluruh daerah, katanya.

Selain bertujuan untuk menyemai kesedaran dan peluang kepada individu-individu yang kurang upaya, jerayawara itu juga mencari serta melatih mereka sebagai atlet baru bagi sukan-sukan seperti bocce, bola sepak, badminton dan bola keranjang.

ARTIKEL YANG SAMA