Cungkil bakat melalui Pertandingan Dikir Brunei

Cungkil bakat melalui Pertandingan Dikir Brunei

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Kumpulan dikir lelaki dari Masjid Sufri Bolkiah dan kumpulan dikir perempuan dari Masjid Kampung Kilanas berjaya mara ke pusingan akhir Pertandingan Dikir Brunei bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Senegara Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 setelah menewaskan kumpulan-kumpulan lain dalam peringkat saringan hari ini.

Pertandingan peringkat saringan telah diadakan di Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Burung Pingai di mana tujuh kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan berentap untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan peringkat akhir yang akan diadakan di Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Sufri Bolkiah, yang juga selaku Ketua Zon 3B, Awang Ilmami bin Haji Othman, pertandingan peringkat saringan berkenaan adalah untuk memilih kumpulan dikir lelaki dan perempuan untuk bertanding di pusingan akhir nanti.

Pada peringkat akhri nanti, johan akan membawa pulang hadiah wang tunai $1,000, piala rebutan dan piala iringan. Manakala naib johan akan membawa wang tunai sebanyak $750 berserta piala iringan dan tempat ketiga akan membawa wang tunai sebanyak $500 berserta piala iringan.

Peserta dikir perempuan dari Masjid Kampung Kilanas.
Peserta dikir perempuan dari Masjid Kampung Kilanas.