Cungkil bakat murid dalam penulisan khat

Cungkil bakat murid dalam penulisan khat

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Mac – Sebagai langkah mengisi masa lapang musim cuti penggal persekolahan pertama, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dengan kerjasama Masjid Kampung Telisai, pagi tadi, telah mengadakan Peraduan Mewarna dan Peraduan Khat khusus bagi murid-murid Kelas Al-Quran dan Muqaddam Zon 1 Daerah Tutong.

Pada peraduan yang diadakan di Masjid Kampung Telisai, itu, seramai 17 orang murid menyertai peraduan Khat dan 38 orang lagi menyertai peraduan mewarna.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada peserta peraduan ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Masri bin Haji Mohammad.

Murid-murid Kelas Al-Quran dan Muqaddam Zon 1 Daerah Tutong yang menyertai peraduan mewarna
Murid-murid Kelas Al-Quran dan Muqaddam Zon 1 Daerah Tutong yang menyertai peraduan mewarna

Peraduan ini merupakan salah satu aktiviti masjid semasa musim cuti persekolahan yang dapat membentuk murid-murid sebagai generasi berwawasan dan bertanggungjawab.

Ia antara lain bertujuan sebagai satu pendedahan kepada para peserta dan mencungkil bakat serta kreativiti murid-murid Kelas Al-Quran dan Muqaddam yang boleh ditonjolkan pada peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti ini juga diadakan bagi melaksanakan hasrat visi kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membimbing dan membentuk murid-murid berwawasan mengikut landasan yang betul.

ARTIKEL YANG SAMA