Cungkil kemahiran belia dalam kepimpinan

Cungkil kemahiran belia dalam kepimpinan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Seramai 32 peserta telah menyertai Hari Catalyst kali kedua anjuran Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) atau Persatuan Pembangunan yang berlangsung di Dewan Auditorium, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

‘Catalyst’ merupakan nama bagi kumpulan sukarela KESAN yang telah dilancarkan pada tahun lalu semasa Majlis Penutup Belia Brunei berbakti (3B) 2015. ia dihasrat dapat mengasah kemahiran mereka melalui sesi mentor dalam usaha untuk melahirkan belia yang serba boleh, berintegriti serta berkemahiran dalam bidang kepimpinan demi menyokong usaha negara untuk mencapai ‘Wawasan 2035’, sekali gus menyahut seruan kerajaan untuk menjadi Negara Zikir.

Acara tersebut bertujuan untuk memperingati dan menghargai belia yang telah menjadi sebahagian daripada program KESAN dan menggalakkan penyertaan mereka dalam program tersebut pada masa hadapan, di samping dapat mengukuhkan lagi tali silaturahim dalam kalangan ahli jawatankuasa dengan para peserta.

KESAN yang ditubuhkan pada tahun 2006 merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kini mempunyai keahlian seramai 500 sukarelawan.

Antara peserta yang menyertai program tersebut.
Antara peserta yang menyertai program tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA