Curi: 12 bulan penjara

Curi: 12 bulan penjara

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Seorang pencuci kereta dijatuhi 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, semalam, kerana mencuri dari sebuah restoran.

Roslin bin Mohd Said, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman atas pertuduhan mencuri di Restoran All Seasons, Times Square, pada tengah malam 16 Mei 2016.

pg06_160613_mahkamah logo2

Dia memasuki restoran itu melalui tingkap gelongsor yang tidak berkunci, dan mencuri lima tin buah; dua paket serbuk minuman; dua router; pemain DVD; telefon bimbit; telefon pintar dan peti mengandungi wang berjumlah $103.

Pekerja restoran melaporkan kecurian itu keesokan harinya, yang membawa kepada tangkapan tertuduh pada 18 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA