Curi: 2 lelaki dipenjara 3 bulan

Curi: 2 lelaki dipenjara 3 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Dua lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan mencuri.

Muhammad Najidi Nasrullah bin Mohd Jidi, 21, dan Muhammad Ali Nur Hamdillah bin Junia’an berusia 18 tahun didakwa mencuri telefon bimbit; televisyen Samsung; pembesar suara mudah alih dan gitar di sebuah Barek Logi, Seria sekitar September antara jam 8 hingga 10 malam.

Kedua-dua tertuduh juga dituduh mencuri sistem litar kamera tertutup di Bangunan Jaisa, Pandan 5 pada 11 Ogos kira-kira jam 2:30 pagi.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

mahkamah

ARTIKEL YANG SAMA