Curi: 2 lelaki kena penjara, sebat

Curi: 2 lelaki kena penjara, sebat

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Mahkamah Perantaraan, semalam, menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan ke atas dua lelaki tempatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pecah masuk rumah, curi kereta, menceroboh dan menyimpan barang curi.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain memutuskan hukuman 74 bulan penjara dan dua sebatan ke atas Awangku Haji Radiman bin Pengiran Rahman, 27, yang berdepan dakwaan mencuri kereta, pecah masuk rumah dan menceroboh.

Manakala rakan sejenayahnya, Muhammad Nur Faliq Fuii Abdullah, 32, dijatuhi 81 bulan dan empat sebatan kerana mencuri kereta, memecah masuk rumah, menceroboh dan menyimpan kereta curi.

pg06_160509_mahkamah logo2

Mereka didakwa melakukan kesalahan antara Januari dan Februari 2016 di Kampung Sungai Hanching, Tutong, dan Sungai Liang.

Hakim Pengiran Hajah Hanani memerintahkan hukuman ke atas tertuduh berkuat kuasa 7 Mac 2016, iaitu hari pertama mereka ditahan reman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Hazirah binti Pengiran Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA