Curi 6 kereta, penganggur dipenjara 4 tahun

Curi 6 kereta, penganggur dipenjara 4 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Gara-gara mencuri enam buah kereta, seorang penganggur tempatan dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret, hari ini. Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan hukuman ke atas Suhardi bin Saliman, 31, bermula semalam.

Suhardi berdepan dakwaan mencuri kereta-kereta itu di kawasan Dewan Sukan Hospital RIPAS, kawasan letak kereta Sungai Lampai, letak kereta Hospital RIPAS, letak kereta Bank TAIB dan di kawasan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

pg06_160227_mahkamah logo2

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada Disember 2015 dan Januari 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA