Curi barang kemas, kena 8 bulan

Curi barang kemas, kena 8 bulan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Seorang anggota berseragam telah dijatuhi hukuman lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana mencuri barang kemas pada April 2016.

L/Kpl Muhammad Zainul Ariffin bin Awang Ahmad mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri barang kemas bernilai $16,000 dari sebuah kedai emas di ibu negara pada 16 April 2016.

Menurut fakta kes, tertuduh ketika itu sedang melihat-lihat barang kemas sambil bercakap dengan jurujual sebelum melarikan barang kemas tersebut.

Tertuduh kemudian memberikan barang kemas itu kepada seorang lelaki untuk melangsaikan hutangnya.

Lelaki itu tanpa mengetahui ia adalah barang curi, telah pergi ke kedai emas yang sama untuk menggadainya. Jurujual kedai yang mengenali barang kemas itu kemudian memberitahu lelaki itu bahawa ia adalah milik kedai dan ia baru sahaja dicuri.

Tertuduh kemudian diberkas pada hari yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA