Curi basikal untuk membeli dadah

Curi basikal untuk membeli dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mencuri basikal dihukum penjara selama dua minggu selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Hukuman dijatuhkan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman ke atas Adyleo Wahyudi bin Haji Abdul Karim yang didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Jun 2016 di Jalan Manggis.

pg06_160629_mahkamah logo2

Tertuduh yang bekerja secara sambilan dengan menjual ayam barbeku di kawasan stadium itu mencuri basikal yang dianggarkan berharga $900 untuk membeli dadah yang kemudian akan dijual semula.

Tertuduh mendakwa, duit yang diperolehi itu adalah untuk menyara dua orang anaknya yang berusia dua dan tujuh tahun.

ARTIKEL YANG SAMA