Curi & dadah: Lelaki dipenjara 3 tahun

Curi & dadah: Lelaki dipenjara 3 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan mencuri dan mengambil dadah terkawal.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Aminul Amri bin Haji Abdullah, 35, yang didakwa mencuri empat rim tayar sport dari sebuah rumah di Kampung Mulaut, Ban 3 pada 21 September 2013.

Tertuduh juga didapati mengambil dadah terkawal kelas A, Methylamphetamine pada 1 Oktober 2013 selepas ujian air kencing tertuduh diambil untuk dianalisis.

ARTIKEL YANG SAMA