Curi kereta, kena penjara 8 bulan

Curi kereta, kena penjara 8 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Seorang lelaki tempatan telah dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Hazman bin Awang Nasri berusia 30 tahun, yang didakwa mencuri kereta Hyundai H100 milik Terrace Hotel di kawasan garaj Blok B, simpang 564, Flat Kebajikan, Kampung Subok pada 4 April 2015 kira-kira pukul 6 petang.

ARTIKEL YANG SAMA