Curi: Lelaki tempatan kena 7 tahun penjara, 2 sebatan

Curi: Lelaki tempatan kena 7 tahun penjara, 2 sebatan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Mahkamah Perantaraan, hari ini, mensabitkan seorang lelaki yang mengaku tidak bersalah atas kesalahan melakukan pelbagai curi dan menyebabkan kerosakan pada 2012 dengan menjatuhkannya hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan.

Tamil bin Johari bagaimanapun dibebaskan daripada pertuduhan pertama, keenam, ke-13 dan ke-14, masing-masing bagi mencuri kereta, melakukan curi di Balai Bomba dan Penyelamat di ibu negara dan menyebabkan kerosakan pada sekolah.

Namun, Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan kedua iaitu mencuri kereta dan tiga silinder gas di sebuah rumah di Kampung Tungku selepas tengah malam pada 8 Januari 2012; pertuduhan ketiga (mencuri kereta dan plug kabel pada awal pagi antara 11 dan 12 Januari 2012); tuduhan keempat (mencuri kereta syarikat di sebuah flat di Kampung Berangan pada jam 10 malam pada 13 Januari 2012); tuduhan kelima (mencuri kereta dari tempat letak kereta di hadapan sebuah kedai).

Dia juga disabitkan atas tuduhan ketujuh iaitu mencuri kereta di sebuah rumah di Kampung Pancha Delima pada 20 Januari 2012; pertuduhan kelapan mencuri televisyen di stor syarikat antara 30 Januari dan 1 Februari 2012; tuduhan kesembilan, mencuri kereta di sebuah hotel di Kampung Pelambayan pada malam 11 Feb 2012; tuduhan ke-10 mencuri kereta di sebuah rumah di Jalan Mulaut antara 12 dan 13 Februari 2012; tuduhan ke-11 mencuri kereta di sebuah rumah di Kampung Kiulap antara 13 dan 14 Februari 2012 dan tuduhan ke-12 iaitu memecah masuk rumah di Kampung Burung Lapas untuk mencuri pada 14 Februari 2012.

p06-3_20150717

ARTIKEL YANG SAMA