Curi wang tabung masjid, Afindi tetap kena 16 bulan

Curi wang tabung masjid, Afindi tetap kena 16 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman 16 bulan penjara dan dua sebatan terhadap seorang lelaki Malaysia kerana mencuri di sebuah masjid.

Hakim memutuskan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Perantaraan terhadap Mohd Afindi bin Awang Damit, 24, adalah sesuai di mana mahkamah telah mempertimbang-kan aspek pengakuan bersalah dan juga rayuan tertuduh yang mengatakan dia melakukan kesalahan itu kerana ingin membayar hutang.

pg06_151204_mahkamah logo2

“Kesalahan itu dilakukan pada waktu malam di mana tertuduh telah merancangnya dengan teliti.

“Ia merupakan perbuatan kes curi yang memalukan apatah lagi kesalahan ini dilakukan di sebuah masjid,” kata Hakim.

Tertuduh dijatuhi 16 bulan penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan pada Oktober lalu atas pertuduhan mencuri wang dari tabung Masjid Kampung Mentiri dan menceroboh dengan niat untuk mencuri di masjid tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA