Curi: Wanita mengaku tidak bersalah

Curi: Wanita mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

pg06_160928_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seorang wanita warga tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan melakukan curi.

Hajah Sudayawati binti Haji Suhaimi, 43, berdepan dakwaan mencuri radio; pemain audio digital; amplifier; televisyen, pemain VCD dan alat penerima Pausix dari sebuah flat di Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait pada 25 September 2016 kira-kira jam 5:15 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff mengemukakan pertuduhan ke atas tertuduh di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak mempunyai bantahan untuk tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan, dan tertuduh tidak boleh melakukan kesalahan dan mendekati kawasan flat tersebut.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 10 Oktober untuk sebutan seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA