Curry, Durrant mengganas di Toronto

Curry, Durrant mengganas di Toronto

TORONTO, Kanada, 17 Nov – Stephen Curry dan Kevin Durant mencatatkan permainan 30 mata bagi memberikan pasukan Golden State Warriors kemenangan kelima berturut-turut dengan kemenangan 127-121 ke atas Toronto Raptors, awal pagi tadi.

Curry penerima MVP NBA menamatkan dengan 35 mata dan tujuh asis selepas pasukan Warriors menghalang kebangkitan Toronto untuk memenangi perlawanan.

Warriors dilihat mencatatkan kemenangan selepas mendahului 18 mata pada suku keempat.

Pasukan Raptors bagaimanapun mengurangkan defisit kepada enam mata dengan berbaki satu minit perlawanan selepas three-pointer daripada Terrence Ross.

Pasukan Warriors terus bertahan bagi memperbaiki kedudukan 9-2 sementara Raptors jatuh kepada 7-4 selepas kekalahan kedua mereka berturut-turut.

Aksi Stephen Curry (kiri) dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi Stephen Curry (kiri) dalam perlawanan tersebut. – AFP

Durant menamatkan dengan 30 mata, sembilan rebound dan enam asis. Klay Thompson menamatkan dengan 14 mata sementara Draymond Green (11 mata) dan Andre Iguodala (10) juga menghasilkan dua digit.

DeMar DeRozan mendahului jaringan Toronto dengan 34 mata, sembilan kali dalam 11 perlawanan di mana dia menjaringkan sekurang-kurangnya 30. Kyle Lowry menghasilkan 24 mata sementara Jonas Valaciunas menambah 12 mata dan lapan rebound.

Jurulatih Warriors, Steve Kerr berkata perlawanan itu dimenangi pada suku kedua, apabila pasukan tersebut menyingkirkan Toronto 32-15 untuk meletakkan pendahuluan 66-53 pada separuh masa.

“Suku kedua adalah hebat, salah satu suku terbaik pernah kami beraksi,” kata Kerr.

“Ia mungkin hanya satu-satunya suku perlawanan di mana kami bermain dengan cara yang kami mahu.

Pertahanan yang bagus, kami tidak melakukan faul. Kami bangkit, dan ia adalah jelas kunci kepada perlawanan. Draymond (Green) begitu bijak. Keseluruhan suku, saya rasa dia seorang yang hebat.

“Ia adalah cara yang bagus untuk memulakan kunjungan (empat perlawanan),” tambah Kerr. “Menewaskan pasukan yang bagus dalam persekitaran sukar.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA