Curry mungkin tidak beraksi lagi

Curry mungkin tidak beraksi lagi

HOSUTON, 25 April – Pasukan Golden State Warriors menghadapi kemungkinan satu lagi persaingan playoff tanpa pemain bintang Stephen Curry.

Curry tidak beraksi pada suku kedua kemenangan 121-94 ke atas Hosuton Rockets dalam Game 4 semalam kerana kecederaan lutut kanan dan akan melalui MRI hari ini.

Curry mengalami kecederaan pada persaingan akhir suku pertama. Dia berjalan ke gelanggang sambil bertahan dan dengan segera memegang lututnya. Dia bangun dan dilihat meletakkan pemberat ke atasnya sebelum berlari ringan dengan keadaan cedera ke bilik persalinan. Dia keluar bersama pasukan selepas suku pertama, tetapi duduk di bangku simpanan bagi masa pemanasan. Selepas bercakap bersama jurulatih, dia kembali ke bilik persalinan.

Ia adalah perlawanan pertamanya selepas tewas dua perlawanan lalu dengan kecederaan buku lali kanan.

“Saya hanya merasakan kasihan baginya,” kata jurulatih Steve Kerr. “Dia dalam keadaan sihat sepanjang tahun dan sekarang permulaan playoff, dan perkara ini berlaku kepadanya.”

Stephen Curry ketika berdepan dengan James Harden pada perlawanan tersebut. - AFP
Stephen Curry ketika berdepan dengan James Harden pada perlawanan tersebut. – AFP

Warriros mencatatkan rekod playoff NBA 21 3-pointer untuk mencatatkan kemenangan dan mendahului 3-1 dalam siri best-of-seven.

Jika Curry tidak dapat pergi, Warriros akan mencuba Shaun Livingston untuk memulakan yang ketiga di tempatnya ketika mereka cuba untuk menamatkan siri itu pada Rabu ini di Oakland. – AP