Curry peneraju Warriors

Curry peneraju Warriors

LOS ANGELES, 15 Mac (AFP) – Bintang pasukan Golden State, Stephen Curry mempunyai banyak kejayaan untuk diraikan semalam, dengan mencatatkan 27 mata pada ulang tahunnya yang ke-28 ketika Warriors terus mencatatkan kemenangan di tempat sendiri musim ini dengan kemenangan 125-107 ke atas New Orleans Pelicans.

Warriors memperbaiki kedudukan kepada 60-6, menjadi pasukan terpantas dalam sejarah liga untuk mencatatkan 60 kemenangan dan yang pertama sejak Boston Celtic 2007-09 untuk merekodkan 60 kemenangan dalam kempen berturut–turut.

Dengan berbaki 16 perlawanan, mereka terus memburu rekod 72 kemenangan yang dicatatkan oleh Chicago Bulls 1995-96.

Curry diraikan dengan lagu dan laungan untuk meraikan ulang tahunnya.

Curry ketika bersaing menentang Pelicans di Oracle Arena semalam. Warriors terus mencatatkan kemenangan di tempat sendiri musim ini dengan kemenangan 125-107 ke atas New Orleans Pelicans. – AFP
Curry ketika bersaing menentang Pelicans di Oracle Arena semalam. Warriors terus mencatatkan kemenangan di tempat sendiri musim ini dengan kemenangan 125-107 ke atas New Orleans Pelicans. – AFP

Sementara itu, pemain dari Australia, Andrew Bogue telah mencetuskan kebangkitan suku ketiga dengan three-pointer, ketiga dalam kerjayanya dan yang pertamanya sejak 8 Mac 2013, disusuli dengan lontaran seterusnya.

Usahanya itu membolehkan jaringan 13-0 yang meletakkan Warriors dalam laluan bagi 49 kemenangan berterusan di tempat sendiri di Oakland, California, yang merujuk kembali kepada musim lalu.

Warrrios menyelamatkan gelaran Pacific Division ketika mereka rehat pada Ahad menerusi kekalahan Los Angeles Clipper kepada Cleveland. Mereka memenangi gelaran divisyen berturut–turut buat kali pertama sejak 1975 dan 1976.

“Ia adalah pencapai utama,” kata jurulatih Steve Kerr.

ARTIKEL YANG SAMA