Curry terima anugerah MVP buat kali kedua

Curry terima anugerah MVP buat kali kedua

SAN FRANCISCO, 12 Mei (AFP) – Stephen Curry menerima penganugerahan MVP liga keduanya berturut–turut sebelum membimbing pasukan Golden State kepada kemenangan 125-121 ke atas Portland ketika pasukan Warriors mara ke persaingan akhir conference.

Persaingan malam itu bermula dengan anugerah kepada Curry bagi trofi MVP dan berakhir dengan mendapatkan cap persembahan 29 mata dengan empat lontaran bebas dalam 18 saat terakhir untuk memberikan Warriors kemenangan 4-1 terhadap Trail Blazers.

Ditanya jika dia pernah mengimpikan dia akan berada dalam pemilihan MVP sebulat suara pertama NBA, Curry berkata, “Tidak pernah saya mengimpikannya. Saya membesar menonton perlawanan dan banyak pemain–pemain legenda.”

“Saya bangga menjadi sebahagian dari kumpulan itu dan untuk mendapatkan penghormatan itu, ia adalah luar biasa,” tambahnya.

Curry menerima trofi MVP daripada Pesuruhjaya NBA, Adam Silver sebelum perlawanan mereka menentang Portland Trail Blazer pada perlawanan kelima separuh akhir Western Conference semalam. – AFP
Curry menerima trofi MVP daripada Pesuruhjaya NBA, Adam Silver sebelum perlawanan mereka menentang Portland Trail Blazer pada perlawanan kelima separuh akhir Western Conference semalam. – AFP

Pasukan Warriors mara ke separuh akhir NBA pertama sejak musim 1974-75 dan 1975-76 dengan memenangi siri mereka ke lapan berturut–turut di laman sendiri. Golden State sekarang menunggu pemenang perlawanan di antara Oklahoma City Thunder dan San Antonio Spurs.

Jika Oklahoma City menyingkirkan Spurs dalam perlawanan keenam hari ini, persaingan best-of-seven Western Conference akan bermula pada Isnin depan di Oakland.

Portland mendahului seawal perlawanan dengan 11 mata dan mencatatkan 118-115 pada minit akhir persaingan.

ARTIKEL YANG SAMA