Cuti musim sejuk La Liga dipendekkan

Cuti musim sejuk La Liga dipendekkan

MADRID, 20 Ogos – Cuti tradisional dua minggu musim sejuk liga utama Sepanyol akan dikurangkan kali ini dalam usaha untuk membendung jadual perlawanan yang terlalu padat menjelang Kejohanan Eropah tahun depan, demikian ia diumumkan pada Rabu.

Baru minggu lepas liga meluluskan perubahan besar kalendar untuk menampung penyertaan Barcelona pada Piala Kelab Dunia, termasuk menggerakan pusingan akhir perlawanan liga seminggu lebih awal.

Keputusan itu telah dikritik oleh jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque kerana ia bermakna La Liga akan selesai pada 22 Mei dengan pasukannya akan mempertahankan gelaran Eropah di Perancis pada 10 Jun.

Bagaimanapun, perjanjian antara Kesatuan Pemain (AFE), liga dan persekutuan bermakna pusingan jadual penuh tahun ini akan berlangsung pada 30 Disember dengan hujung minggu terakhir musim ini kembali semula kepada tarikh asalnya pada 15 Mei.

Jadual perlawanan Copa del Rey akhir juga telah diubah semula ke tarikh yang dijadualkan pada asalnya iaitu 21 Mei.

“Tawaran daripada AFE untuk bermain semasa cuti Krismas, biasanya masa cuti untuk bola sepak profesional bagi membolehkan pengoptimuman kalendar,” kata satu kenyataan daripada Majlis Sukan Sepanyol.

“Ia juga membolehkan aktiviti Divisyen Primera selesai seminggu lebih awal bagi membolehkan Vicente del Bosque membuat persediaan yang lebih baik untuk pasukan kebangsaan Sepanyol menghadapi Euro 2016.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA