Cuti persekolahan diisi dengan perkara berfaedah

Cuti persekolahan diisi dengan perkara berfaedah

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang berusia 7 hingga 11 tahun, kini sedang mengikuti aktiviti perpustakaan anjuran KHEU sempena cuti penggal pertama persekolahan, bertempat di Dewan Teratai, KHEU, di sini.

Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari bermula 19, 21 dan 22 Mac itu diisikan dengan pelbagai kegiatan antaranya mewarna, menulis Jawi, lawatan, puzzle, melihat tayangan video yang berbentuk pendidikan dan kuiz.

Menurut kenyataan KHEU, aktiviti ini diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak pegawai dan kakitangan KHEU untuk mengikuti dan seterusnya menyemai kebiasaan dalam diri untuk mengisi masa cuti dengan aktiviti berfaedah serta menimba pengalaman berharga sepanjang aktiviti dijalankan.

Para peserta yang mengikuti aktiviti itu.
Para peserta yang mengikuti aktiviti itu.

pg07_160322_c

ARTIKEL YANG SAMA