Cyprus tahan lelaki Lubnan miliki bahan membuat bom

Cyprus tahan lelaki Lubnan miliki bahan membuat bom

NICOSIA, 28 Mei (AFP) – Seorang lelaki Lubnan yang memegang pasport Kanada dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Cyprus hari ini selepas dua tan material yang berpotensi membuat bom telah ditemui di kediamannya, menurut sumber polis.

Polis telah menggeledah rumah lelaki itu di bandar pantai Larnaca, tempat perbicaraan mahkamah dijangka akan diadakan, berikutan maklumat daripada orang ramai.

Mereka menemui lebih 400 kotak ammonia nitrat, dan baja yang apabila dicampurkan dengan bahan lain boleh digunakan untuk membuat bahan letupan.

Pihak berkuasa juga menemui 10,000 euro ($10,900) wang tunai di dalam rumah tersebut. Lelaki yang berusia 26 tahun itu telah ditahan semalam.

Polis dijangka akan meminta mahkamah untuk mengeluarkan arahan penahanan oleh itu lelaki tersebut akan kekal dalam tahanan ketika siasatan diteruskan.