Czech sambut mesra Xi

Czech sambut mesra Xi

PRAGUE, 28 Mac (Reuters) – Presiden China, Xi Jinping memulakan lawatan rasminya dua hari ke Prague hari ini untuk mempromosi hubungan perniagaan, usaha paling besar oleh Presiden Czech, Milos Zeman untuk membina hubungan strategik bersama Beijing.

Zeman amat berminat untuk membina hubungan kukuh bersama China dan Rusia sejak pilihan rayanya 2013 daripada rakan-rakan Prague di NATO dan Kesatuan Eropah (EU), walaupun kerajaan, bukan presidennya, yang memikul tanggungjawab utama bagi dasar luar negeri Czech.

Kunjungan Xi, yang pertama daripada presiden China, akan termasuk forum perniagaan dan penandatangan pelaburan China di negara yang memiliki penduduk sekitar 10.6 juta orang. China adalah rakan perniagaan ketiga terbesar Prague, dengan nilai perdagangan bilateral kira-kira AS$21 bilion.

“Pihak China dan Czech seharusnya tanpa bertangguh lagi meningkatkan kedudukan kesalinghubungan, melihatnya dari sudut pandangan strategik dan perspektif jangka panjang,” kata Xi dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar harian Pravo, Czech pada Sabtu.

Xi Jinping (tengah) melambai sejurus tiba di lapangan terbang Ruzyne pada 28 Mac, di Prague. – AFP
Xi Jinping (tengah) melambai sejurus tiba di lapangan terbang Ruzyne pada 28 Mac, di Prague. – AFP

China sangat-sangat menghargai yang Zeman menghadiri perarakan tentera besar-besaran di Beijing September lepas menandakan penamatan Perang Dunia Kedua, satu-satunya pemimpin Barat yang melakukannya.

Pada lawatan sebelumnya 2014, Zeman mengatakan dia perlu datang ke China untuk ‘mempelajari bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan bagaimana untuk menstabilkan masyarakat’, daripada sebaliknya ‘mengajar pasaran ekonomi atau hak asasi kemanusiaan’.

Pada hari ini, Zeman akan mengundang Xi ke kediaman presiden di luar Prague, pembesar luar negeri yang pertama dihoskan di sana.

Layanan istimewa Xi akan menerima bantahan daripada pembangkang Czech, yang telah membandingkannya dengan sambutan mesra yang dihulurkan kepada para pemimpin Soviet semasa Perang Dingin.