Czech terdesak

Czech terdesak

SAINT-ETIENNIE, Perancis, 16 Jun (AFP) – Pasukan Republik Czech akan menentang Croatia esok dengan jurulatih mereka, Pavel Vrba menyasarkan kemenangan dalam Kumpulan D ke atas “Sepanyol kecil” bagi membantu mereka kekal dalam persainagn Euro 2016.

“Dengan pemain bintang mereka beraksi di Real dan Barcelona, mereka boleh diberikan nama samaran “Sepanyol kecil”. Kami tahu perlawanan sukar seterusnya berada di depan kami,” kata bos dari Czech itu.

Pasukannya tewas perlawanan pembukaan Kejohanan Eropah 1-0 kepada Sepanyol di Toulouse pada Ahad lalu.

Nama samaran “Sepanyol Kecil” diberikan kepada Croatia telah diberikan dengan Rakitic di Barcelona, Luka Modric dan Mateo Kovacic beraksi di kelab Sepanyol, Real Madrid, sementara pemain penyerang Duje Cop di Sevilla.

Skuad Croatia terjejas dengan kehilangan berganda dalam persediaan menentang Saint Etienne. Kapten pasukan Darijo Srna, kemudian jurulatih penjaga gol Marijam Mrmic masing-masing pulang sejak beberapa hari lalu untuk bersama keluarga ayah mereka meninggal dunia.

Kombinasi gambar 14 Jun menunjukkan pemain Czech David Lafata (kiri) midfield Croatia Luka Modric. Republik Czech akan berdepan Croatia di Saint Etienne esok. – AFP
Kombinasi gambar 14 Jun menunjukkan pemain Czech David Lafata (kiri) midfield Croatia Luka Modric. Republik Czech akan berdepan Croatia di Saint Etienne esok. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Pertahanan Shakhtar Donetsk, Srna kembali ke Perancis setelah kembali ke Croatia selepas kemenangan 1-0 ke atas Turki Ahad lalu bagi pengebumian ayahnya.

Pemain pertahanan, Vedran Corluka berlatih bersama skuad Croatia Selasa lalu selepas kecederaan kepala yang mengakui kemenangan akan meletakkan Croatia di pusingan kedua.

“Ini perlawanan penting. Kami perlu menang untuk menyelamatkan tempat dalam pusingan seterusnya,” kata pemain midfield Dynamo Zagreb, Marcelo Brozovic, yang menghabiskan pinjaman musim ini di Inter Milan. “Saya percaya jika kami beraksi seperti yang kami lakukan ketika menentang Turki, kami boleh menang.”

Republik Czech bertahan menentang juara bertahan dua kali Sepanyol bagi 87 minit sehingga Gerard Pique menjaringkan gol kemenangan dan pertahanan mereka adalah satu mata dari kekalahan.

ARTIKEL YANG SAMA