Czech tewaskan Rusia 2-1

Czech tewaskan Rusia 2-1

INNSBRUCK, Austria, 2 Jun – Penyerang Tomas Necid membantu untuk satu jaringan pasukannya sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir ketika Republik Czech bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Rusia 2-1 dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi ketika kedua-dua pasukan membuat persiapan bagi Kejohanan Eropah.

Penyerang kelab Bursaspor itu menerima hantaran lintang rendah daripada Ladislav Krejci untuk menewaskan penjaga gol Rusia, Guilherme Alvim Marinato dan memberikan kemenangan buat Republik Czech.

Pasukan Republik Czech meraikan gol kemenangan mereka pada perlawanan tersebut. – AFP
Pasukan Republik Czech meraikan gol kemenangan mereka pada perlawanan tersebut. – AFP

Empat minit memasuki babak kedua, Necid membantu untuk gol kedua apabila menanduk bola untuk kapten Tomas Rosicky, yang melakukan voli bagi menewaskan Guilherme di penjuru gawang.

Aleksandr Kokorin memberikan Russia gol pendahuluan selepas enam minit permainan, meledak dari dalam kotak penalti untuk jaringan ke-12 dalam perlawanan antarabangsa.

“Saya gembira kami mampu bangkit,” kata jurulatih Republik Czech, Pavel Vrba. “Serangan kami berada pada tahap terbaik dalam sebahagian perlawanan. Tetapi saya tidak boleh berkata semuanya sudah sempurna.” – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA