Dadah: 5 dijatuhi hukuman denda

Dadah: 5 dijatuhi hukuman denda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160322_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $1,500 setiap seorang ke atas empat orang warga tempatan yang mengaku bersalah atas pertuduhan dadah terkawal.

Awangku Mohd Amir Khairuddin bin Pengiran Murshaidi, 36, dituduh mengambil dadah Kanabis pada atau sekitar 12 April 2012.

Defendan mengaku memperolehi dadah itu daripada seseorang bernama ‘Hafiz’ dan mengambilnya untuk suka-suka. Mohamad Al-Yusri bin Haji Ibrahim, 31, pula berdepan kesalahan mengambil Methamphetamine pada 12 Mac 2013.

Defendan memberitahu bahawa dia mengambil dadah itu kerana curiga dan memperolehinya daripada rakannya bernama ‘Rizal’.

Sementara itu, Dayangku Siti Nurul Hafizah binti Pengiran Mat Yusof, 24, didakwa mengambil Methamphetamine pada 23 Julai 2014 dan Awangku Muhammad Wardi bin Pengiran Jafree, 29, pula didakwa mengambil dadah Methlamphetamine pada atau sekitar 7 Januari 2013

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda itu, dan jika gagal berdepan tiga bulan penjara.

Mohamad Al-Yusri bagaimanapun membayar denda itu, hari ini.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $3,250 atas pertuduhan memiliki dadah Kanabis seberat 1.1846 gram dan mengambilnya serta memiliki peralatan mengambil dadah pada 2012.

Awangku Khairul Rijal bin Pengiran Abu Samah, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Tungku Link pada 12 April 2012.

Dia diberi tempoh tiga bulan oleh Majistret Azrimah untuk membayar denda itu atau berdepan tiga bulan penjara jika gagal.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya dan Ainorazimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA