Dadah bernilai AS$12 juta berjaya dirampas

Dadah bernilai AS$12 juta berjaya dirampas

WELLINGTON, 5 Okt – Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang New Zealand telah merampas methamphetamine bernilai 17 juta dolar NZ (AS$12.13 juta) selepas berjaya menjumpai penyeludupan dadah yang didakwa dikaitkan dengan geng jenayah Asia.

Polis dan Kastam berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa mereka telah merampas 17 kilogram dadah bersama-sama dengan barang kemas bernilai 150,000 dolar NZ (AS$107,910) dan wang tunai bernilai 200,000 dolar NZ (AS$143,880) selepas siasatan bersama selama tujuh bulan itu.

Tiga orang telah ditangkap dan didakwa kerana mengimport methamphetamine, membekalkan dadah dan wang haram.

Pengimportan itu didakwa dilakukan oleh ahli geng motosikal Bandido Thailand yang berpangkalan di AS.

Tiga lelaki berusia 54, 31 dan 28 muncul di Mahkamah Daerah Manukau Auckland dan seterusnya akan muncul pada bulan Oktober.

Polis berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan hukuman lanjut apabila siasatan diteruskan.

Dadah yang dijumpai akan dihantar ke pasaran New Zealand, kata Detektif Kanan Sarjan Albie Alexander, Unit Jenayah Terancang Polis, dalam kenyataan itu.

“Rampasan dalam jumlah yang besar itu menunjukkan gambaran yang jelas bahawa polis akan terus bekerjasama dengan agensi bersama kami bagi membanteras rantaian bekalan dan mengurangkan bahaya yang di-sebabkan oleh dadah ini,” kata Alexander. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA