Dadah dalam perahu: 2 ditahan

Dadah dalam perahu: 2 ditahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Dua lelaki berusia 28 dan 35 tahun telah ditahan polis semasa rondaan Pasukan Polis Simpanan Kompeni ‘C’ dan Polis Marin di kawasan pemutusan Terusan, Kupang, malam Khamis lalu.

Pemandu dan penumpang perahu itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam dan semasa pemeriksaan polis turut menemui dadah jenis syabu berserta alat-alat untuk mengambil syabu.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kampong Ayer bersama bahan bukti untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan diminta menghubungi polis di talian hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan jika mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan sungai.

Perahu yang ditahan di mana anggota polis menemui dadah jenis syabu.
Perahu yang ditahan di mana anggota polis menemui dadah jenis syabu.