Dadah: Lelaki didenda $1,500

Dadah: Lelaki didenda $1,500

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan denda $1,500 ke atas seorang lelaki tempatan berhubung kesalahan mengambil dadah terkawal.

Mohamad Shairol bin Awang Doming, 30, didakwa mengambil dadah terkawal kelas A, Methylamphetamine sekitar atau pada 2 September 2014.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memberi tempoh sehingga 16 November 2015 kepada defendan untuk membayar denda, dan jika gagal akan berdepan tiga bulan penjara.

Berdasarkan fakta kes, defendan ditahan di sebuah bilik di Jalan Kemangi Selatan RPN Meragang dalam serbuan yang dijalankan oleh sepasukan penguat kuasa Biro Kawalan Narkotik (BKN) pada 2 September 2014 kira-kira jam 9:30 malam selepas mengesyaki terdapatnya aktiviti berkaitan dadah di rumah tersebut.

p06-3_20150814

Pemeriksaan badan terhadap defendan bagaimanapun tidak menemui apa-apa berkaitan dadah.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, defendan diminta untuk memberikan sampel air kencingnya kepada BKN untuk dianalisis yang kemudiannya didapati positif Methylamphetamine.

Defendan dalam kenyataannya mengaku telah mengambil Syabu seminggu sebelum dia ditangkap.

Majistret Kanan turut memerintahkan defendan untuk menjalani ujian air kencing hari ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa BKN, Ainorazimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA