Dadah: Lelaki kena 4 tahun

Dadah: Lelaki kena 4 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160503_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Mahkamah Majistret hari ini, menjatuhi hukuman empat tahun penjara terhadap seorang lelaki tempatan atas pertuduhan mengambil dadah dan tidak melaporkan diri kepada Biro Kawalan Narkotik (BKN).

Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Tajuddin, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain atas lima tuduhan mengambil Methylamphetamine dan enam pertuduhan gagal melaporkan diri ke BKN.

Dia didakwa mengambil dadah terkawal pada 13 dan 15 Disember 2014, dan 5, 14, dan 16 Januari 2015.

Dia turut didakwa gagal untuk melaporkan diri pada Mac, April, Mei, Jun, Julai dan Ogos 2015.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Normahirah binti Rosli memaklumkan mahkamah, sampel air kencing yang diambil dari tertuduh setelah dianalisis didapati mengandungi dadah terkawal.

ARTIKEL YANG SAMA