Dadah: Lelaki kena denda $1,500

Dadah: Lelaki kena denda $1,500

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $1,500 ke atas seorang lelaki penduduk tetap atas kesalahan mengambil dadah pada 2013.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman menjatuhkan hukuman ke atas Mohammad Termimi bin Omit, 22, yang berdepan pertuduhan memakan dadah terkawal kelas A iaitu Methylamphetamine.

Defendan diberi tempoh sehingga 21 November 2015 untuk membayar denda atau berdepan tiga bulan penjara.

Fakta kes menyebut, tertuduh yang memandu kereta Honda dari Limbang ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 22 Jun 2013, kira-kira 6 petang oleh pegawai narkotik dengan kerjasama pegawai kastam yang mendapat maklumat mengenai akta penyalahgunaan dadah.

pg06_150821_mahkamah logo

Pemeriksaan yang dijalankan ke atas defendan tidak menemukan peralatan berkaitan dadah namun ujian air kencing yang diambil daripada defendan setelah di analisa didapati positif Methylamphetamine.

Dalam kenyataan yang direkodkan, defendan mengaku mengambil syabu pada 19 Jun 2013 di Limbang. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.

ARTIKEL YANG SAMA