Dadah: Lelaki M’sia ditangkap di Filipina

Dadah: Lelaki M’sia ditangkap di Filipina

MANILA, Filipina, 16 Nov – Pihak berkuasa Filipina berkata hari ini hasil maklumat dari Pentadbiran Penguat kuasa Dadah Amerika Syarikat (AS) telah membolehkan mereka untuk menangkap seorang lelaki rakyat Malaysia yang dipercayai cuba untuk menyeludup 4.6 kg (10 paun) yang disyaki kokain, masuk ke negara itu.

Para pegawai Biro Kastam menunjukkan Nasir Uddin bin Mohd Hasnan kepada media di lapangan terbang antarabangsa Manila, di mana dia telah ditangkap hari ini.

Lelaki berusia 22 tahun itu, memakai jaket berhud, menutup wajahnya dengan tangannya ketika kamera televisyen merakamnya.

Para pegawai berkata dia telah ditangkap pada Isnin selepas tiba dalam pesawat Ethiopian Airlines dari Addis Ababa dan Togo.

Mereka berkata dia membawa beberapa kanister coklat di dalam begnya yang mengandungi 216 biji pil yang dipercayai kokain bernilai 23 juta peso (AS$468,000). – AP

Nasir Uddin menutup wajahnya ketika dia dibawa kepada media oleh Timbalan Pesuruhjaya Kastam, Ariel Nepomuceno hari ini pada 16 November di bandar Pasay, selatan Manila, Filipina. – AP
Nasir Uddin menutup wajahnya ketika dia dibawa kepada media oleh Timbalan Pesuruhjaya Kastam, Ariel Nepomuceno hari ini pada 16 November di bandar Pasay, selatan Manila, Filipina. – AP