Dadah: Lelaki tempatan dipenjara 2 tahun 6 bulan

Dadah: Lelaki tempatan dipenjara 2 tahun 6 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160915_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman dua tahun enam bulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan berhubung kesalahan memiliki peralatan mengambil dadah dan gagal melaporkan diri ke Biro Kawalan Narkotik (BKN).

Awang Rusdi @ Muhammad bin Awang Mustapa, 33, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki peralatan mengambil dadah pada April 2014 dan lima tuduhan kerana gagal melaporkan diri kepada pegawai pengawasan BKN pada Disember 2013 dan dari Januari hingga Mac 2014.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi memaklumkan mahkamah bahawa defendan telah dirujuk ke program pengawasan, dan diarahkan untuk melaporkan diri bermula Oktober 2013.

Defendan bagaimanapun gagal untuk terus melaporkan diri dari Disember 2013 hingga Mac 2014. Pada April 2014, defendan diberkas oleh sepasukan BKN di Kampung Lumapas di mana dia turut menyerahkan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengambil dadah.

Pegawai Pendakwa Narkotik turut memaklumkan mahkamah bahawa hasil analisis terhadap peralatan itu didapati mempunyai kesan Methaphetamine.

ARTIKEL YANG SAMA