Dadah: Lelaki tempatan ditahan reman

Dadah: Lelaki tempatan ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160922_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah atas dua tuduhan mengambil dadah terkawal pada Disember 2015 namun mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan lain.

Haji Mohammad Najib bin Haji Ibrahim mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan gagal melaporkan diri kepada pegawai pengawasan Biro Kawalan Narkotik pada Januari 2016 dan mengambil dadah pada September, November dan Disember 2015.

Defendan yang mempunyai rekod kesalahan dalam Akta Pe-nyalahgunaan Dadah diperintahkan oleh Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin untuk ditahan reman di Penjara Jerudong sehingga 24 September untuk sebutan seterusnya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA